Senarai 5 Doa Mustajab Ibu Bapa Mesti Bacakan Untuk Anak



k



Apa pentingnya ibu bapa bacakan doa untuk anak?

Seharian kita sibuk dengan tugasan dan menguruskan anak-anak, dengan harapan anak-anak dapat membesar dengan segala kecukupan. Perlu diingat bahawa selain usaha kita, satu lagi faktor penentu kejayaan anak-anak adalah keberkatan.

Antara cara untuk mendapatkan keberkatan adalah melalui doa ibu bapa.

Oleh itu, mari kita amalkan doa untuk anak ini agar mereka menjadi anak yang berjaya di dunia dan di akhirat. Doa untuk anak ini semuanya diekstrak daripada ayat-ayat Al-Quran agar menjadi rujukan kita sepanjang hayat.

Senarai 5 Doa Mustajab Ibu Bapa Mesti Bacakan Untuk Anak
1. Doa Nabi Zakaria Untuk Zuriat Yang Baik

Doa ini asalnya adalah doa Nabi Zakaria yang membacanya untuk memohon keturunan yang baik.

Seperti yang kita tahu, Nabi Zakaria diuji dengan ketiadaan anak sehingga lewat usianya. Namun, baginda tidak pernah berputus harap dan sentiasa berdoa agar dikurniakan zuriat yang soleh sebagai penyambung dakwahnya.

Akhirnya, Allah mengurniakan seorang putera yang mulia, iaitu Nabi Yahya kepada baginda. Bersesuaian dengan maksudnya, doa ini amat sesuai diamalkan untuk memohon dikurniakan zuriat, mahupun untuk memperelokkan akhlak anak kita.




(Surah Al Imran Ayat 138)

Maksud: ” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

 2. Doa Untuk Anak Agar Diberi Rahmat

Kita dianjurkan untuk berdoa walaupun telah berjaya dan senang dengan kehidupan kita bersama keluarga di samping meningkatkan kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.

Begitulah maksud yang dinyatakan dalam doa ini. Ringkas tetapi amat mendalam jika direnungkan.

 (Al-Ahqaaf Ayat 15)

Maksudnya: …Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).


3. Doa Untuk Anak Agar Dilembutkan Hatinya

Maksud Latiif, iaitu salah satu daripada nama Allah yang terkandung dalam asmaul Husna ini bermaksud Maha Lembut.

Dengan berkat kelembutanNya, eloklah kita memohon agar Allah melembutkan hati anak kita. Doa yang amat sesuai dibacakan jika mempunyai anak yang agak degil dan keras kepala.


Surah As-Syuura Ayat 19

Maksudnya: Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

4. Doa Untuk Anak Supaya Kuat & Sabar

Doa ini dianjurkan agar ditiupkan pada ubun-ubun anak pada setiap pagi sebelum ke sekolah, atau setiap kali selepas solat bersama.

Mudah-mudahan mereka akan diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi semua bentuk cabaran hingga mencapai kemenangan di dunia dan akhirat.

Surah Al Imraan Ayat 200

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

5. Doa Untuk Anak Agar Rajin Solat

Bukan mudah mahu menggerakkan anak untuk menunaikan solat 5 waktu jika tidak didisplinkan.

Amalkan doa ini agar kita sentiasa istiqamah dalam mendirikan solat di samping mendidik anak-anak menjaga solat.

Doa ini adalah doa Nabi Ibrahim untuk anak-anaknya.
Surah Ibrahim Ayat 40 

Maksudnya: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.


Sumber: Sirap Limau 

ads1




loading...

0 Response to "Senarai 5 Doa Mustajab Ibu Bapa Mesti Bacakan Untuk Anak"

Post a Comment