7 Khasiat Kurma Yang Perlu Anda Tahu



k

Bulan Ramadan semakin menghampiri dan tentunya ramai yang sedang bersedia untuk menyambut bulan yang mulia ini. Antara hidangan yang wajib ada pada bulan Ramadan adalah kurma. Kurma sering dihidangkan sewaktu berbuka puasa namun tahukah anda akan khasiat buah kurma? Jelita senaraikan tujuh khasiat kurma yang perlu anda tahu.


Gambar: Shutterstock


Beri Tenaga Segera
Kurma mengandungi gula (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi daripada buah pisang. Kurma mampu memberikan ‘tenaga segera’ yang akan diserap oleh tubuh dengan serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buahan lain yang kaya dengan sukrosa (disaccharide) yang harus dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim sebelum bertuar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Kaya Dengan Serat Dan Pottasium

Kurma boleh dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan kulit kurma mengandungi serat. Kurma adalah antara buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tidak larut. 100g kurma mengandung lapan gram serat. Serat yang tinggi amat baik untuk sistem pelawasan. Kurma juga kaya dengan pottasium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila anda kehilangannya terutama sekali sepanjang tempoh berpuasa. Potassium juga dapat membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu untuk memelihara sistem saraf.

Membantu Proses Bersalin

Buah kurma juga amat baik untuk wanita yang mengandung dan turut memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan dapat membantu mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran.

Kuatkan Memori

Ramai yang berpendapat bahawa hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Kurma amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Penawar Racun

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

Merawat Penyakit

Dalam perubatan homeopati, biji kurma yang dikisar halus seperti serbuk teh dan direndam dan diminum dapat membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Melancarkan Sistem Pencernaan

Ketidakserasian dengan gluten akan menghalang penyerapan zat makanan secara sempurna. Kurma membantu untuk melancarkan penyerapan zat makanan dengan sempurna dan turut membantu melancarkan sistem pencernaan.

ads1




loading...

0 Response to "7 Khasiat Kurma Yang Perlu Anda Tahu"

Post a Comment