Jika Anda Lakukan 10 Amalan Ini Selama 40 Hari Insya Allah Rezeki Anda Akan Melimpah Dan Kaya Raya



k

Ustaz Yusuf Mansur mengatakan bahawa tidak ada sesuatu yang tidak mungkin selama kita berusaha. Demikian juga keinginan menjadi orang kaya, banyak wang dan rezeki berlimpah, bukankah Muslim itu wajib kaya? 

Kerana itu berikut ini diajarkan riyadhah atau amalan yang jika rutin dilaksanakan selama terus menerus, Insya Allah akan mendapatkan rezeki berlimpah. Untuk tahap pembelajaran dimulai selama 40 hari terlebih dahulu.

Diharapkan setelah 40 hari masih terus melaksanakan amalan tersebut bahkan lebih ditingkatkan aktivitinya. Seperti halnya Allah melatih kita melakukan ibadah di bulan Ramadhan selama 30 hari dengan harapan kita tetap boleh melanjutkan di hari-hari selanjutnya. Intinya sebenarnya merutinkan ibadah sehingga menjadi kebiasaan. Apakah amalan yang harus dilakukan selama 40 hari menuju kaya dan rezeki melimpah?

# 1. Rutinkan solat berjamaah di masjid dan tepat waktu
Sekerap mungkin lakukan solat fardhu di masjid berjamaah disertai dengan solat sunat qabliyah dan ba’diyahnya. Qabliyah adalah solat sunat sebelum solat wajib iaitu 2 atau 4 rakaat sebelum solat Zohor, sebelum Asar, 2 rakaat sebelum magrib, sebelum Isyak dan sebelum subuh. Sementara Ba’diyah adalah solat sunat sesudah solat fardhu, iaitu 2 rakaat setelah Zohor, setelah Magrib dan setelah isyak. Jangan lupa solat tahiyatul masjid sebagai penghormatan kepada masjid. Jangan pernah menunda melakukan solat. Begitu azan berbunyi segeralah ke masjid terdekat.

# 2. Rutinkan solat tahajud 8 rakaat dan solat witir 3 rakaat
solat tahajud adalah salah satu solat sunat yang paling utama, dikerjakan pada sepertiga malam, minimal 2 rakaat, tapi Ustaz Yusuf Mansur menganjurkan 8 rakaat ditambah witir 3 rakaat. Sepertiga malam itu juga adalah waktu mustajab (waktu terkabulnya doa).

# 3. Baca Surah Al Waqiah
Inilah surah yang boleh melancarkan rezeki ” Barangsiapa membaca Surah Al Waqiah setiap malam, maka ia tidak akan ditimpa kefakiran selamanya (H.R.Ibn Sunni).
Jangan lupa membaca surah ini sesudah solat subuh atau sesudah solat isyak.

# 4. Rutinkan solat Dhuha
Mengapa dhuha boleh melancarkan rezeki? Alasannya sudah saya tulis di sini. solat sunat dhuha adalah solat sunat 2 rakaat yang dilaksanakan saat matahari mula naik sampai sebelum zohor. Rutinlah melaksanakan dhuha 6 rakaat, bagi yang mampu boleh sampai 12 rakaat itu lebih baik. (2 rakaat salam, begitu seterusnya).

# 5. Baca zikir sesudah solat
Setelah solat jangan terus berdiri tapi bacalah zikir yang biasa anda baca ditambah dengan membaca asmaul husnah Ya Fattah ya Razaak 11 kali, dilanjutkan dengan membaca ayat kursi 1 kali dan Surah Al Ikhlas 3 kali. Rutinkan setiap selesai solat. Khusus selesai solat subuh dan asar ditambah dengan membaca 4 ayat terakhir Surah Al Hasyr.

# 6. Rutin membaca zikir ini
Rutinkan membaca Laa hawla wala quwwata illaa billah sebanyak 300 kali, boleh juga 100 kali setiap hari dan boleh dibagi membacanya setelah solat fardhu (100 / 5 = 20 kali di setiap selesai solat fardhu).

# 7. Rutin mohon ampun
Bacalah istighfar sebanyak 100 kali setiap hari. Kerana sememangnya setiap hari kita berbuat dosa yang kita sedari maupun tidak.

# 8. Rutin membaca zikir pagi dan petang
Jangan lupa setiap hari membaca subhanallahi wabihamdihii subhanallahil adzhiem 100 kali di waktu pagi dan 100 kali di waktu petang (petang hari). Boleh dilakukan habis solat dhuha dan petang nya setelah melakukan ibadah solat asar atau menjelang magrib

# 9. Rutin baca yasin
Rutinkan membaca surah ke 36 dari Al Quran ini, waktunya bebas, lakukan bila-bila saja dan baca sebanyak 1 kali setiap hari.

# 10. Tutup malam dengan solat sunat 2 rakaat
Begitu mengantuk jangan terus tidur tapi lakukan solat sunat 2 rakaat sebelum tidur, baca Surah Al Kafiruun di rakaat pertama dan Al Ikhlas di rakaat kedua. Setelah itu jangan lupa membaca Surah As Sajdah, Al Mulk atau Ar Rahman (pilih salah satu).

Lakukan 10 amalan ini rutin selama 40 hari. Usahakan jangan terlepas walau satu haripun. Boleh buat check list untuk membantu memeriksa apakah salah satu amalan sudah dilaksanakan atau belum. Bagi wanita yang datang haid boleh berhenti sejenak dan melanjutkan setelah suci. 

Niatkan dan mohonkan rezeki yang banyak dan bermanfaat untuk diri dan orang lain. Jika setelah 40 hari masih ingin dilanjutkan silakan. Jika sudah menjadi kebiasaan boleh menjadi ladang pahala buat kita. Wallahu alam.


ads1




loading...

0 Response to "Jika Anda Lakukan 10 Amalan Ini Selama 40 Hari Insya Allah Rezeki Anda Akan Melimpah Dan Kaya Raya"

Post a Comment