Amalan Menjelang Syawal (Hari Raya Aidil Fitri)



k


Malam Aidilfitri adalah malam ibadat yang menyediakan beberapa kelebihan. Rasulullah SAW bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebuah lagi hadis menjelaskan; “Sesiapa beribadat pada dua malam hari raya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha, maka hatinya tidak akan mati pada saat hati orang lain mati.”
Hendaklah memperbanyakkan takbir (membesarkan Allah), tasbih (mensucikan Allah), tahmid (mengucapkan syukur) dan berselawat ke atas junjungan Rasul SAW.
.
.

AMALAN

Beberapa amalan lain yang dianjurkan pada Aidilfitri termasuk::
.

SEBELUM 1 SYAWAL

  1. Memastikan pembayaranan zakat fitrah bagi diri dan tanggungan.
  2. Menghiasi diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik.
  3. Mengelakkan pembaziran sambutan raya dengan persiapan sederhana.
  4. Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya.
  5. Melakukan Qiamullail pada 2/3 akhir malam raya.
  6. Melakukan iktikaf dan solat-solat sunat seperti tasbihtaubat dan hajat di masjid.
.
.

PAGI 1 SYAWAL

  1. Mandi sunat Aidil Firti pada pagi harinya.
  2. Memakai pakaian bersih dan terbaik yang dimiliki.
  3. Lelaki disunatkan memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
  4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan ibu bapa, suami isteri dan keluarga.
  5. Sunat menjamah sedikit makanan seperti tamar sebelum keluar menuju ke masjid.
  6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang masjid supaya dapat bertemu ramai orang dan mengucapkan salam serta tahniah.
  7. Bertakbir, tahmid dan tahlil sehingga terbenam matahari raya pertama.
  8. Menziarahi pusara sanak-saudara bagi bersedekah bacaan al-Quran.
  9. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
  10. Bersedekah kepada mereka yang daif dan memerlukan.
  11. Mengelakkkan perkara-perkara yang ditegah syarak.
.
Diriwayatkan Bukhari dan Ahmad, daripada Anas katanya: “Nabi Muhammad SAW makan beberapa biji tamar sebelum keluar pada pagi Aidilfitri dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil.” Makan itu adalah tanda tidak berpuasa dan bersyukur dengan nikmat dianugerahkan Allah SWT.
.
.

UCAPAN SELAMAT

.
Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain.
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah “Taqabbalallahu minna wa minkum” ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.
 .
Disebut dalam sebuah riwayat :
Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah SAW pada hari raya dan aku katakan pada Baginda, “taqabballahu minna wa minka”, Baginda SAW menjawab : “Ya, taqabbalallahu minna wa minka.” ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )
.
.

MANDI SUNAT

.
Disunatkan mandi di pagi raya sepertimana mandi wajib, iaitu sebelum keluar menuju ke masjid untuk solat Aidilfitri.
Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Baginda SAW menjawab:
“Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.”  (Hadis riwayat Imam Syafie).
.
Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidil Fitri:
.
.

TAKBIR AIDILFITRI

.
Seharusnya umat Islam memperbanyakkan Takbir, jangan terlalu sibuk dengan aktiviti persiapan raya, menonton TV dan bermain mercun sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan.
Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.
.
Sila Klik Di Sini.
.
.
.

SOLAT SUNAT AIDIL FITRI

Sila Klik Di Sini
.
.

SAMBUTAN AIDILFITRI 

Kedatangan 1 Syawal disambut dengan penuh kesyukuran kerana berjaya menunaikan ibadat puasa sebulan Ramadhan. Ketika merayakan Aidilfitri, kita perlu:
  1. Membersihkan hati dan memperbaiki hubungan sesama Muslim.
  2. Bersabar dan mengikis segala perasaan benci, dendam, dengki dan iri hati.
  3. Menanamkan perasaan kasih-mengasihi sesama umat Islam.
  4. Bermaaf-maafan dan bina hubungan persaudaraan yang kukuh.

.

.

AMALAN SEPANJANG BULAN SYAWAL

.

Amalan yang perlu dilakukan pada bulan Syawal

  1. Bersedekah kepada golongan memerlukan sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat Allah.
  2. Elakkan campur aduk antara amalan baik dengan perkara yang ditegah, dalam membuat persiapan hari raya.
  3. Percampuran di antara lelaki dan perempuan secara bebas di dalam sesuatu majlis perlu dielakkan dan jangan melakukan perlanggaran batas agama.
  4. Menjaga adab sopan ketika ziarah dan memilih waktu yang sesuai berziarah.
  5. Ziarah menziarahi sanak saudara,untuk mendapat keredaan Allah SWT.
.
.
by;
shafiqolbu



ads1




loading...

0 Response to "Amalan Menjelang Syawal (Hari Raya Aidil Fitri)"

Post a Comment