AMALAN MUJARAB PEMUDAH REZEKI & PEMUDAH MEMBAYAR HUTANG



k


Di dalam kitab Hidayatus Salikin terdapat satu doa yang jika diamalkan setiap kali selepas solat Jumaat, ia mempunyai fadilat dimudahkan rezeki oleh Allah.
Doa pemudah rezeki itu adalah seperti berikut:
اَللّهُمَّ يَا غَنِيُّ يَا حَمِيْدُ، يَا مُبْدِئُ يَا مُعِيْدُ، يَا رَحِيْمُ يَا وَدُوْدُ، أَغْنِنِيْ بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَبِطَاعَتِكَ عَنْ مَعْصِيَتِكَ، وَبِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ.
Dinyatakan di dalam kitab Hidayatus Salikin bahawa di dalam Syarah Minhaj terdapat satu petikan kata-kata daripada Imam al-Ghazzali rahimahullahu taala yang dimuatkan oleh beliau di dalam Ihya Ulumiddin:
"مَنْ وَاظَبَ عَلَى هذَا الدُّعَاءِ أَغْنَاهُ اللهُ عَنْ خَلْقِهِ وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ.”
Ertinya: Barang siapa mengekalkan atas doa ini nescaya mengkayakan Allah Taala akan dia daripada segala makhluk dan memberi Ia akan dia rezeki yang tiada dapat dikira-kira.
Dan sabda Nabi SAW:
أَلاَ أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ ، لَوْ كَانَ عَلَيْكَ مِثْلُ جَبَلِ ثَبِيْرٍ دَيْنًا أَدَّاهُ اللهُ عَنْكَ : اللّهُمَّ اكْفِنِيْ بِحَلاَلِكَ ، عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِيْ بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ.”
(رواه الترمذي وأحمد والحاكم، حسن - فيض القدير، باب الهمزة، إلا أنه ذكر صبير بدل ثبير)
Ertinya: Hendakkah aku ajar akan dikau beberapa kalimat yang engkau baca, jika ada atasmu hutang seperti Bukit Tsabir sekalipun, nescaya membayari Allah Taala akan dia daripadamu, iaitu:
اللّهُمَّ اكْفِنِيْ بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِيْ بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
(Riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan al-Hakim)
CARA MENGAMALKANNYA
(seperti yang diajar oleh Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam dalam kuliah-kuliah beliau)
Doa pemudah rezeki itu hendaklah dibaca mengikut peraturan-peraturan berikut:
Sebaik-baik selesai solat Jumaat dan sebelum mengubah posisi duduk tahiyat akhir serta "dahulu daripada berkata-kata" iaitu sebelum bercakap-cakap, hendaklah dibaca:
- surah al-Fatihah 7 kali,
- surah al-Ikhlas 7 kali,
- surah al-Falaq 7 kali
- surah an-Nas 7 kali.
Selepas membaca keempat-empat surah ini sebanyak tujuh kali, barulah dibaca doa tadi.
Menurut Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam lagi, bagi orang yang menanggung beban hutang dan berhajat agar Allah membantu menyelesaikan hutangnya, dia hendaklah membaca doa di atas sebanyak 70 kali selepas solat Jumaat. (Hal ini ada dinyatakan dalam kitab Sairus Salikin yang juga karangan Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani.) Manakala bagi yang mahu rezekinya dimudahkan Allah, cukup membacanya sekali saja dan diamalkan secara istiqamah pada setiap Jumaat. Insya-Allah mujarab.
Syeikh Ahmad Fahmi berkata, amalan membaca empat surah tadi sebanyak tujuh kali selepas solat Jumaat juga mempunyai kelebihan khusus. Orang yang mengamalkannya akan dipelihara oleh Allah daripada gangguan syaitan; dia terpelihara daripada melakukan maksiat selama seminggu hingga ke Jumaat berikutnya.
Wallahu a'lam.


ads1




loading...

0 Response to "AMALAN MUJARAB PEMUDAH REZEKI & PEMUDAH MEMBAYAR HUTANG"

Post a Comment