k
Tahukah anda duit syiling paling mahal di Malaysia yang telah terjual? Bayangkan duit syiling ini di jual dengan harga puluhan ribu ringgit. Malah, mungkin duit tersebut juga anda pernah guna dan tidak sedar akan nilainya.
Kebanyakan duit syiling paling mahal di Malaysia telah dilelong oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura atau sebelum ini dikenali sebagai Numismatic Society Asia (NSA).
Berikut adalah duit syiling paling mahal di Malaysia.
50 Sen 1967 Milled Edge NGC MS65
Dilelong RM7,600
Duit syiling itu adalah yang kedua terbaik didalam grednya untuk syiling 50 sen 1967 Milled Edge. Syiling gred terbaik untuk 50 sen 1967 Milled Edge adalah Gred NGC MS66 yang dimiliki oleh Trigometric Sdn Bhd.
50 Sen 1969 Milled Edge NGC AU55
Dilelong RM10,253
Khabar angin mengatakan, syiling itu telah dibeli oleh orang yang turut memenangi syiling 50 sen 1969 security edge ketika lelongan Malaysia Numismatic Society (MNS) No.157 pada 29 September 2013 di Jabatan Muzium, Muzium Negara, Kuala Lumpur.
50 Sen 1968 Milled Edge NGC MS66
Dilelong RM19,942
Duit syiling 50 sen 1968 Milled Edge yang dilelong pada harga SGD6500 (tanpa premium pembeli) tersebut adalah gred terbaik untuk syiling 50 sen 1968 Milled Edge di dalam rekod Numismatic Guaranty Corporation (NGC) pada gred MS66. Duit syiling itu juga adalah koleksi Master Sifu Wong Hon Sum.
1 Sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB
Dilelong RM46,769
Pada masa ini, hanya ada 4 keping syiling 1 sen 1970 Copper Clad steel yang telah direkodkan. Syiling 1 sen 1970 yang normal adalah diperbuat daripada copper berbanding dengan syiling ini daripada copper clad steel yang melekat pada magnet.
50 Sen 1969 Milled Edge NGC MS65
Dilelong RM81,846
Selain syiling ini, ada sekeping sahaja syiling 50 sen 1969 Milled Edge yang mendapat gred MS62, syiling kedua terbaik untuk kategori syiling ini. Pembeli duit syiling itu adalah seorang collector dari Singapura.
ads1

loading...
0 Response to "Duit Syiling Malaysia Termahal 50 Sen Dijual Pada Harga Rm81,846"
Post a Comment