Cara Solat Terawih di Rumah



k

Secara ideal, sudah tentu mahu melakukan solat terawih di masjid atau surau secara berjemaah dengan kariah kawasan. Namun, sedia maklum ada yang tidak berkesempatan dan tidak ada masalah untuk menunaikan solat sunat paling afdal itu di rumah.

Sumber: Google
Terutama buat para ibu yang sudah sibuk membuat persiapan berbuka dan masih mahu menunaikan solat terawih ini sebaik mungkin. Anda perlu ingat yang Islam itu sentiasa memudahkan dan tidak perlu rasa bersalah jika tidak sempat untuk menyertai solat terawih berjemaah di surau atau masjid. Mungkin anda masih boleh sertai pada malam hujung minggu.
Ikuti cara melakukan solat terawih di rumah seperti dikongsikan di bawah:
Solat Terawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya’.
Mudahnya nak beribadah… Usah bersedih jika tidak dapat sertai terawih di masjid.
● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.
● Mungkin kita ibu bekerja yg sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.
● Solat Terawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu. Sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.
Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, boleh ikut cara di bawah:
SOLAT SUNAT TERAWIH
~~~~~~~~~~~~~~~~~
● Niatnya :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
● Bilangan rakaat buatlah yang termampu. Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.
● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.
● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
SOLAT SUNAT WITIR
~~~~~~~~~~~~~~~
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat-solat sunat yang lain.
● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
“Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala”
● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
“Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala”
● Zikir Selepas Solat Witir [30 kali]
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ
● Doa Solat Witir
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..
Sebegitu saja mudahnya, tiada alasan untuk tidak dapat buat solat terawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak tidur dan selepas berehat, bolehlah anda mulakan. Jom sama-sama berubah ke arah yang lebih baik, kalau tahun lalu langsung tidak dapat mengerjakan solat terawih, tahun ni ayuh usaha buat.


ads1




loading...

0 Response to "Cara Solat Terawih di Rumah"

Post a Comment