Saya Masuk Islam, Bukan Masuk Melayu - Eh Soon Cong



k


Sebenarnya ramai mereka diluar sana terutamanya saudara kita bukan Muslim salah faham, ramai beranggapan jika seseorang memeluk Islam di Malaysia dia perlu mengikut adab dan budaya Melayu.

Ini adalah salah, ini kerana ramai diluar sana saudara kita mengamalkan cara hidup Islam walaupun masih meneruskan tradisi bangsa mereka seperti Cina, India atau apa-apa saja selagi tidak bertentangan dengan Islam.

Dikongsikan oleh saudara Adam Kelvin kisah dia yang memeluk Islam tapi masih menggunakan namanya semasa beliau seorang agama Kristian, jom baca penjelasannya.


Semasa saya beli jam tangan.....owner kedai, Mr. Lim. tanya saya......

(dialog dalam bahasa cina, tapi saya translate BM la)

Lim: you kahwin melayu, so terpaksa masuk islam?
Saya: tak ada lah, saya dah masuk islam 10 tahun yang lalu, kahwin baru 4 tahun. :)

Lim.: (muka terkejut), you kenapa masuk agama melayu? before ni, you agama apa?
Saya: saya buat kajian. sebelum ni saya agama kristian.

Lim: kenapa kristian tak baik ke? bukan semua agama ajar baik ke? kenapa nak masuk agama melayu?
Saya: betul, semua agama ajar buat baik, tapi saya buat kajian untuk cari "kebenaran". so pada pendapat saya, Islam benar, sebab saya percaya di alam ni cuma ada 1 Tuhan sahaja.
Tapi, pada masa yang sama, Islam ajar kita respect agama orang lain. :)
Then, saya bukan masuk melayu, saya masih boleh kekal budaya cina saya. Islam semua bangsa ada, di China, bilangan cina muslim sahaja sudah lebih daripada penduduk malaysia. Di US pun ada muslim.

Lim: ooo, ya ke? saya tak tau pun di China banyak muslim. ya ke boleh kekal budaya? you khawin bukan terpaksa pakai baju melayu ke?
Saya: boleh buka google cari "bilangan china muslim".
Mana ada? (tunjuk gambar kahwin saya) saya kahwin pakai baju shamfu mah. (shamfu untuk male, cheongsam untuk female)

Lim:(terdiam sekejap), hmmm... tapi bukan you wajib tukar nama ke?
Saya: (tunjuk IC saya), tak ada lah, saya boleh kekal nama saya 100%, tak perlu tambah nama atau tukar nama pun, then nama saya kt lesen kereta, bank dan sebagainya pun tak perlu tukar sebab saya tak tukar nama IC saya. nama saya Eh Jun Guang, saya pun baru dapat 1 anak, nama dia dalam surat beranak, Eh Soon Cong.



Lim: (muka terkejut sekali lagi). oic...... kalau macam ni, senang nak masuk islam. tak ada la jadi isu besar.
Saya: memang senang, cuma percaya Tuhan itu hanya 1 sahaja, then lepas tu cuma lafaz: "I believe there is no god but Allah, and the Prophet Muhammad is the messenger of Allah." :)

Lim: tapi kenapa nama tuhan "Allah", macam nama melayu.
Saya: ooo... bukan, "Allah" adalah bahasa Arab, dalam tulisan Arab, perkataan "Allah" datang daripada huruf "Al" maksud "The" & huruf "elah" maksud tuhan.
so bila combine semua huruf akan jadi "Allah".
So "Allah" means that "The Only One (God) to be Worshipped". Di negara Arab, orang Christian guna "Allah" dalam kitab Bible mereka.

Lim: oic... saya rasa you bukan sahaja boleh jadi Maths Tutor, tapi you boleh jadi Islam Tutor yang ajar Islam. Banyak ilmu you tentang Islam.
Saya: Tak ada lah, saya tak layak jadi ustaz, banyak ilmu Islam lagi saya perlu belajar. Saya punya specialise dalam Maths & Add Maths sahaja. :)

Lim: haha. so nanti you boleh ajar anak saya Add Maths lah, tahun ni dia SPM.
Saya: haha, ok, boleh :)

Lim: Saya bagi special discount untuk jam tangan ni sebab banyak info yang saya dapat hari ni dari you.


Siakapkeli.my

ads1




loading...

0 Response to "Saya Masuk Islam, Bukan Masuk Melayu - Eh Soon Cong"

Post a Comment