Sultan Suleiman The Magnificent: Penakluk Eropah Timur



k

Sudah maklum dan diketahui semua, sultan yang paling terkenal dalam membebaskan kota Konstantinopel & membawa 300 buah kapal perang merentasi bukit iaitu, Sultan Muhammad al-Fateh. Tetapi ada seorang lagi sultan yang terkenal di dunia Barat juga & baginda digelar dengan gelaran ‘The Magnificent’ iaitu Paling Agung. Jadinya, kenapa Sultan Suleiman ini begitu terkenal sehingga baginda disenaraikan sebagai salah seorang pemerintah yang ulung di dalam sejarah dunia ?
• Suleiman lahir pada tanggal 6/11/1469 M di Trabzon, iaitu sebuah kota yang terletak di negara Turki sebelah bahagian Timur Laut lebih tepatnya di sebuah kawasan berdekatan pantai Laut Hitam.
• Ayahnya yang dikenali sebagai Sultan Selim I memerintah dinasti ini bermula dari tahun 1512 M sehingga 1520 M & berkahwin dengan Hafsa Sultan, iaitu merupakan ibu kandung Suleiman.
Hafsa Sultan menjadi wakil ‘de facto’ bagi pihak Suleiman selama 14 tahun sehingga beliau wafat pada tahun 1534 M.
( The Imperial Harem: The Women & Sovereignty in the Ottiman Empire, Leslie Peirce, 1993 ).
• Dalam catatan seorang duta dari kerajaan Republik Venecia, iaitu Bartolomeo Contarini yang datang ke istana Turki Utmaniyyah selepas beberapa minggu Suleiman diangkat menjadi sultan, mengatakan :
“Baginda pada masa ini berusia 25 tahun. Berperwatakan tinggi, lincah & berkulit putih. Lehernya agak panjang & hidungnya mancung. Baginda memiliki misai & janggut. Peribadinya yang mesra walaupun berkulit pucat. Baginda adalah seorang pemerintah yang baik, suka menuntut ilmu & baginda menjadi harapan rakyat untuk menciptakan kemakmuran dalam kekuasaannya”.
(The Ottoman Centuries : The Rise and Fall of the Turkish Empire, Kinnos Patrick, 1979).
• Sultan Suleiman menjadikan Alexander the Great sebagai idolanya & ini memungkin baginda sangat aktif dalam perluasan kuasa pada masa pemerintahannya.
Operasi perluasan kuasanya mencapai sehingga ke wilayah Asia, Afrika & Eropah.
• Baginda mendapat pendidikan dari sekolah di Istana Topkapi, Istanbul & mampu menguasai ilmu sains, sejarah, sastera, teologi & taktik peperangan.
Kehebatannya yang terkenal dalam bidang ilmu adalah baginda sendiri berhasil menterjemah Al-Quran ke dalam bahasa Turki dengan tulisan tangannya & baginda juga menguasai bahasa Turki, Arab, Serbia, Parsi & loghat Chagatai.
• Pada usia 17 tahun, baginda dilantik menjadi gabenor Kaffa (Theodosia) & dengan kebijaksanannya baginda dilantik pula untuk menjadi gabenor Sarukhan (Manisa).
Ketika baginda baru dilantik menjadi gabenor Erdine, ayahnya Sultan Selim I wafat & Suleiman dihantar pulang ke Istanbul untuk menghadiri majlis pertabalan menjadi pemerintah seterusnya.
• Pada masa pemerintahan baginda yang berlangsung selama 46 tahun iaitu masa pemerintahan yang paling lama dalam sejarah kesultanan Turki Uthmaniyah, baginda berjaya menjadikan armada tentera lautnya sebagai penguasa ulung di kawasan Laut Hitam, Laut Merah & Teluk Parsi.
Pada masa ini, kerajaan Hungary merupakan ancaman paling besar kepada empayar Turki & kedua kuasa ini saling berperang merebut kawasan-kawasan yang penting.
• Pada bulan Ogos tahun 1521 iaitu tahun kedua pemerintahan Suleiman, tentera baginda berjaya menaklukkan wilayah Belgrade.
Belgrade merupakan salah satu wilayah yang sangat penting bagi kerajaan Hungary & dengan kejatuhan wilayah ini ke dalam tangan empayar Turki, maka ianya memudahkan strategi Suleiman untuk menakluk pusat kekuasaan kerajaan Hungary.
• Seorang duta besar dari Empayar Suci Rom mencatatkan :
“Penaklukan Belgrade merupakan permulaan bagi peristiwa-peristiwa dahsyat yang akan menimpa kerajaan Hungary”.
Peluang ini memberikan keuntungan kepada Suleiman untuk menakluk kerajaan Hungary & Austria.
• Tetapi sebelum melakukan penaklukan ke atas dua kerajaan itu, Suleiman memerintahkan tenteranya untuk menghancurkan dahulu pertahanan tentera Salib di kawasan perairan Mediterranean, iaitu pulau Rhodes.
Dalam penyerangan ini, Suleiman memimpin 100 ribu pasukan & 400 buah kapal perang. Akhirnya pulau Rhodes berjaya ditawan pada tahun 1522 M.
• Setelah itu Suleiman meneruskan serangan ke wilayah Eropah Timur & berperang dengan Raja Lajos II dalam peperangan Mohacs yang berlaku di kawasan Mohacs, Hungary.
Dalam peperangan ini Raja Lajos II terbunuh ketika menyelamatkan diri dari pertempuran & apabila Suleiman menemui jenazah Raja Lajos II, baginda bersedih kerana umur raja itu sangat muda iaitu sekitar dalam 20 tahun.
• Pada tahun 1529 M, Suleiman merebutkan kembali wilayah Buda dari pasukan Habsburg & merebut wilayah Wina pada tahun 1540 M.
Raja Hungary, Ferdinand I terpaksa menandatangani perjanjian damai dengan Suleiman & melepaskan jawatannya sebagai raja.
• Dengan ini, berakhirnya kerajaan Hungary & semua wilayahnya 100% berada di bawah kekuasaan sultan Suleiman.


ads1




loading...

0 Response to "Sultan Suleiman The Magnificent: Penakluk Eropah Timur"

Post a Comment