k
BUulan baik, amalan pun kena yang 'manis-manis' dan tanggungjawab ibu ayah juga patut berganda dalam soal mendidik anak-anak. Sebab inilah peluang untuk pukau anak pada peringkat awal bab menjaga ibadah. Bukan hanya tahu berpuasa tetapi tiang agama iaitu soal solat patut didahulukan.
Haaa... cerita tidak solat bukan isu baru namun perlu dibangkitkan untuk perbincangan supaya amalan sepanjang Ramadan tidak menjadi sia-sia kerana sesetengah umat Islam begitu menjaga ibadat puasa namun solat diabaikan.
Solat adalah amalan pertama yang dihisab di akhirat nanti, bukan puasa, haji, zakat atau infak yang kita buat. Jadi jika puasa tetapi tidak solat, sia-sia juga. Solat tidak ada fidyah atau tebusan tetapi puasa boleh ditebus dengan fidyah. Jadi macam mana nak ajar anak solat agar ikut waktunya, tidak melambat-lambatkan malah dengar azan terus boleh bangkit untuk solat?
Ok, sebenarnya untuk suntik aura positif ini dalam diri anak-anak tak payah, anda boleh baca perkongsian dari Puan Ainizal Abdul Latif ini, agak 'lembut' tetapi in shaa Allah anak akan bertindak.
Kelmarin suami menasihati anak gadis saya yang lewat solat asar. Sudah di penghujung waktu. Memandang kan usianya sudah melebihi 10 tahun dan sudah menjengah baligh, pendekatan memarahinya dengan membentak- bentak mungkin tidak sesuai rasanya pada kami untuk di aplikasikan.
Saya serahkan tugas menasihati anak perempuan ini kepada papanya.
Papanya bertanya, "Kenapa lewat sangat baru solat kakak.."
Dia menjawab dan mencari alasan untuk mempertahankan diri, " Kakak tertidur tadi. Dah terjaga, tapi lepas tu tak sedar dan terlelap semula. Itu yang jadi lewat sangat.."
Papanya tidak fokus kepada alasannya, sebaliknya terus menyambung,
"Kakak, papa ada satu cerita yang papa nak 'share'. Ada seorang bapa ni, dia dikurniakan seorang anak perempuan yang cantik. Sampai masa cukup umurnya, datang satu keluarga datang mahu meminang anak perempuannya.
Ketika keluarga tu menyatakan hasrat mahu meminang anak perempuannya, bapanya terdiam dan termenung seketika. Tidak lama kemudian, bapa nya mengambil keputusan untuk menolak pinangan tersebut."
"Kenapa dia tolak pinangan tu papa? Bapanya kenal ke dengan lelaki yang meminang anaknya itu." Tanyanya laju dan berminat mahu tahu cerita seterusnya.
Papanya pantas menjawab, "Tidak. Bapanya tidak kenal langsung dengan lelaki itu. Ketika ditanya oleh pihak lelaki mengapa pinangan nya di tolak, bapa perempuan itu terus menjawab,
Sekiranya anak perempuan ku ini seorang yang menjaga solatnya, tidak pernah lalai dan solat diawal waktu, sentiasa menjaga auratnya, faham dengan Al Quran, maka sekarang juga aku terima pinangan ini. Namun, sekarang dia masih lagi berusaha menyempurnakan ibadahnya.
Dalam keadaan nya yang begini, aku risau bagaimanalah keadaan suaminya kelak. Kerana aku percaya pada janji Allah, bahawa perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jika dia sudah mampu menjaga semua ibadahnya dengan baik, aku yakin, Allah akan mengurniakan lelaki yang menjaga ibadahnya juga."
Jadi kakak, jika kita mahukan yang terbaik, kita mesti lakukan yang terbaik juga."
Saya lihat, mukanya sedikit berubah. Mungkin dia bermonolog, "Aku baru 12 tahun, dah kenapa nak cerita pasal jodoh yang baik..."
Lantas saya mencelah,
"Doa untuk dikurniakan pasangan yang baik bukan nanti apabila sudah sampai masa mahu berkahwin. Sebaliknya bermula apabila kita sudah menanggung dosa sendiri.
Sesungguhnya ayat Allah ini sungguh memberi motivasi untuk beribadah dengan sempurna dan Allah menjanjikan balasan dengan pasangan yang sama dan sefikrah dalam hal ibadah."
An-Nur : 26
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
Dia mula termenung dan kelihatan lebih tersentuh apabila di 'hidangkan' dengan dalil daripada Allah. Saya terus menyambung lagi.
Betapa pentingnya menjaga solat dan memiliki kerurunan yang menjaga solat sehinggakan Allah merakamkan doa Nabi Ibrahim di dalam Al Quran sehibgga hari Qiyamat nanti.
Ibrahim : 40 :
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."
Jadi untuk mendapat jodoh dan keturunan yang baik, segalanya bermula dengan memperbaiki diri dan amalan kita terlebih dahulu."
Bermula hari itu, sekiranya ingin mengingati anak dara ini bersegera dengan solat, bukan lagi menyuruh-nyuruhnya solat, sebaliknya ungkapan :
"Kakak, lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik..."
Menjadi motivasi paling ampuh yang papanya gunakan untuk menyegerakannya untuk bersolat.
ads1
loading...
0 Response to "Tak Sangka... Hanya Guna Kata-kata Ini, Ibu Ayah Ini Mampu Pujuk Anaknya Solat Tepat Pada Waktunya"
Post a Comment