Tips Elak Gastrik Ketika Berpuasa



k

Gastrik dijadikan alasan untuk tidak berpuasa? Gastrik antara masalah yang biasa ketika bulan ramadhan. Secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gastritis iaitu keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut. Kedua adalah ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam dan lebih teruk berbanding gastritis. Menurut kajian, kira-kira 80% ulser gastrik berpunca daripada bakteria Helicobacter Pylori.
simptom gastrik
Perunding Pembedahan Gastrointestin Pusat Perubatan Tropicana, Dr Kwan Keat Leong pernah berkata, individu yang ada gastrik sepatutnya boleh berpuasa tanpa sebarang masalah jika mengamalkan kaedah pemakanan seperti disarankan agama dan pakar pemakanan iaitu melambatkan bersahur, menyegerakan berbuka dan makan secara sederhana. Berikut dinyatakan beberapa tips untuk mencegah gastrik ketika bulan puasa.
1. Berbuka secara ringan
Kadangkala, sakit perut sewaktu berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi tabiat makan seseorang apabila berbuka. Pesakit harus makan sedikit demi sedikit secara berperingkat-peringkat apabila berbuka supaya perut yang sehari berehat tidak  “terkejut”  Sebaiknya berbuka dengan makanan yang ringan seperti kurma, air kosong, buah-buahan atau sup rendah lemak. Berehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib, kemudian bolehlah mengambil makanan lebih berat.

2. Tidak berbuka terlalu berat
karbohidrat
Apabila waktu berbuka, ramai yang memulakan suapan dengan makanan berat dan bersifat kompleks yang boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman. Karbohidrat daripada nasi putih cepat ditukarkan ke bentuk gula (tenaga). Jika mahu makan nasi putih, pastikan kuantitinya sama banyak dengan sayur yang berfungsi sebagai penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula.

3. Makan makanan yang mengandungi sulfur
Ramai beranggapan serangan gastrik lebih kerap berlaku pada Ramadan kerana apabila tiada makanan, tahap keasidan dalam perut bertambah. Anggapan ini kurang tepat kerana apabila berpuasa, keseluruhan sistem penghadaman kita berehat, bermakna rembesan asid hidroklorik dalam perut akan menurun. Jadi seharusnya tidak timbul masalah sakit atau senak akibat keasidan perut yang tinggi. Seeloknya banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti brokoli, kubis dan bawang putih.
4. Elak minum minuman berkafein ketika berbuka
Elakkan dari minum minuman berkafein ketika berbuka contohnya seperti kopi, teh atau nescafe. Ini kerana ia mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Bagaimanapun ia boleh diambil selepas solat terawih bukannya ketika berbuka.

5. Elak makanan tinggi lemak
Elakkan makan makanan kompleks dan mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. Ia akan menjejaskan kelancaran sistem pencernaan dan tidak hairanlah ramai mengadu sakit perut selepas berbuka. Seeloknya ambilah lauk atau juadah berbuka puasa yang rendah lemak.
6. Makan secara sederhana
Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya, jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah. Makan secara sederhana, secukupnya dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebaik-baiknya, berhenti makan sebelum kenyang.


Read more http://www.celikvitamin.com/blog/tips-elak-gastrik-ketika-berpuasa/


ads1




loading...

0 Response to "Tips Elak Gastrik Ketika Berpuasa "

Post a Comment