Anak Kesayangan Ayah Telah Pergi Tinggalkan Kita, Allah Sayangkan Syahid - Bazli UNIC



k


Ketua kumpulan nasyid terkenal tanah air UNIC, Bazli sebentar tadi telah memaklumkan bahawa anaknya Muhammad Syahid, 3, yang menderita akibat kanser Limfoma telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.

Berita sedih pemergian anak sulungnya ini telah disampaikan oleh beliau melalui laman Instagramnya dengan kepsyen berbunyi “Anak ayah kesayangan @syahid_bintangsyurga dah pergi meninggalkan kita sebentar tadi. Allah sayangkan Syahid.. Anakku...,”



Muhammad Syahid telah dimasukkan ke hospital Kuala Lumpur sejak Februari lalu di mana sebelum ini telah menjalani rawatan awal di Pusat Perubatan KPJ Damansara dan Hospital Sungai Buloh, Selangor sejak awal tahun ini.


Bazli sebelum ini telah menarik perhatian ramai ketika final Gema Gegar Gavanza apabila beliau meraikan kemenangannya dalam rancangan berkenaan dengan melaungkan nama anak kesayangannya itu.

Ini adlah status terbaru yang dimuatnaik oleh Bazli di laman Instagramnya memeparkan Syahid satu ketika dulu dengan kespyen berbunyi "Syahid.. Ayah akan rindu nk baca quran dgn syahid lgi naaak."


Bersama kira sedekahkan bacaan Al Fatihah kepada Syahid, pemergiannya pada usia begini satu syafaat besar kepada ibu bapanya di akhirat nanti, berbahagialah Syahid di sana. - Siakapkeli.my

ads1




loading...

0 Response to "Anak Kesayangan Ayah Telah Pergi Tinggalkan Kita, Allah Sayangkan Syahid - Bazli UNIC"

Post a Comment