k
Bila Lailatul Qadar?
Mungkinkah Lailatul Qadar tahun ini berlaku pada malam ke 27 atau 29 Ramadhan?
Jika 10 hari pertama adalah bulan penuh kerahmatan; 10 hari pertengahan Ramadhan sebagai hari pengampunan segala dosa; Maka 10 hari terakhir Ramadhan ialah kemunculan malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Padanya terdapat ‘Malam al-Qadar’ yang dinanti-nantikan oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa.
Berdasarkan pendapat dan kajian para ulama terdahulu dengan berpandukan jadual yang diberi, maka terdapat tarikh2 tertentu dalam sepuluh malam terakhir ini dijangkakan berlakunya Lailatul Qadar.
.
Ibnu Abbas menyatakan Lailatul Qadar jatuh pada malam ketujuh dari 10 malam yang terakhir, kerana Allah SWT telah menciptakan tujuh langit, tujuh bumi, tujuh hari dan waktu itu berputar dalam tujuh putaran.
.
.
Menjangka Lailatul Qadar
.
Daripada Aishah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada malam ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.” (Riwayat Bukhari)
Pendapat Imam Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi pula; “Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadhan.”
.
Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadith-hadith yang menceritakan tentang Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam tersebut berpindah-pindah pada setiap tahun.
Tepatnya pada malam-malam ganjil iaitu dari malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan. Berkata Imam Ghazali dan lainnya: “Lailatul Qadar pada malam yang gasal (ganjil) di dalam 10 yang akhir.” Dan mereka turut berkata: “Sesungguhnya Lailatul Qadar diketahui dengan hari yang pertama dari bulan Ramadhan.”
.
Tarikh Sebenar Lailatul Qadar ?
.
Maka berpandukan jadual di atas ahli Sufi berpendapat tahun ini (2014 / 1435H), ‘Lailatul Qadar’ akan berlaku pada malam 27 Ramadhan, manakala Fathul Wahhab pula menjangkakan ‘Lailatul Qadar’ berlaku pada malam 29 Ramadhan. Ini berdasarkan puasa pertama tahun ini jatuh pada hari Ahad.
.
Sheikh Abu Hassan menyatakan beliau sentiasa meraih Lailatul Qadar pada malam yang tepat sejak mula baligh, setelah mengikut petua di atas. Beliau menyatakan sekiranya puasa pertama jatuh pada hari Ahad, seperti tahun ini (1435H), maka ‘Lailatul Qadar’ akan berlaku pada malam 29 Ramadhan.
.
.
Malaikat Turun Membawa Berkat
.
Pada malam al-Qadr, Allah سبحانه وتعالى menyuruh Jibril turun ke bumi. Lalu turun Jibril dengan perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau. Lalu dipacakkan di atas Kaabah.
Malaikat mempunyai 600 sayap, setengahnya tidak dibuka kedua-dua sayapnya, melainkan pada malam al-Qadar. Ketika dibukakan kedua-dua sayapnya itu, ia boleh mencapai hingga sampai dari timur ke barat (Masyrik ke Maghrib) untuk menyelamatkan umat Muhammad.
Lalu, mereka memberi salam kepada setiap orang yang berjaga pada Lailatul Qadar beribadat kerana mencari keredaan Allah سبحانه وتعالى. Begitu juga kepada orang yang duduk beribadat, solat, berzikir dan berjabat tangan sesama mukmin serta mengucap amin doa orang mukmin hingga terbit fajar Subuh.
Ketika terbit fajar malaikat Jibril pun menyeru kepada para malaikat: “Ar-Rahil! Ar-Rahil!”(Pulanglah! Pulanglah!).
Kepulangan mereka ke Arasy inilah yang menjadikan suasana pagi berikutnya kelihatan redup dan nyaman walaupun matahari kekal menyinarkan cahayanya.
.
Nah inilah peluang kita meraih seberapa banyak pengampunan, kerahmatan dan keredhaan Allah SWT dengan mengimarahkan malam ini menerusi Qiamullail.
Walaubagaimanapun janganlah kita beribadat pada malam itu sahaja, carilah malam qadar pada 10 malam-malam terakhir yang lain juga.
.
Allah SAW menyembunyikan tarikh Lailatul Qadar sebagai perangsang kepada umat mukmin bagi melipat-gandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadhan al-mubarak serta menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam itu.
.
.
Anugerah Lailatul Qadar
.
1. Kelebihan malam al-Qadar tidak dianugerahkan kepada sebarangan orang dan tidak diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam tertentu Ramadhan sahaja.
2. Fadhilat malam itu akan menyinari orang yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam mempertahankan nilai keislaman dalam setiap tutur kata, peri laku, akhlak, ibadat dan kegiatan kehidupan sepanjang Ramadhannya.
3. Kehadiran Lailatul Qadar disambut dengan penuh keyakinan dan keimanan akan termasuk dalam golongan yang dilimpahi kenikmatan syurga.
4. Pahala ibadat pada malam al-Qadar akan tetap mendapat ganjaran daripada Allah biarpun tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
.
.
Saat Makbul Doa
.
Sepanjang Lailatul Qadar adalah malam yang paling mustajab berdoa. Maka perbanyakkan doa pada malam itu, khususnya pada:
- Masa berlalunya separuh malam.
- Ketika berada pada bahagian malam yang akhirnya.
.
Ulama tasauf yang juga ulama fikah terkenal, Sufian as-Sauri berkata: “Berdoa pada Lailatul Qadar itu lebih disukai daripada mengerjakan solat. Malah apabila seseorang membaca al-Quran, berdoa dan meningkatkan doanya kepada Allah, mudah-mudahan dia memperoleh waktu yang mustajab.”
.
Rasulullah SAW amat menyukai dan menyuruh umatnya berdoa pada Lailatul Qadar dengan meminta keampunan kepada Allah. Lailatul Qadar adalah satu saat yang makbul dan sesiapa yang berdoa dan bertepatan doanya dengan Lailatul Qadar, maka pastilah doanya dikabulkan Allah.
.
.
.
Bertemu Lailatul Qadar
.
Dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: “Bacalah:
للَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ وَاغْفِرْلِى
“Allahumma innaka ‘afwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni waghfirli.”
(Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah dan yang suka mengampunkan, maka ampunilah daku.)
(Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah dan yang suka mengampunkan, maka ampunilah daku.)
.
.
Amalan Malam Lailatul Qadar
.
Bagi mendapatkan cara-cara beramal pada Lailatul Qadar yang lebih lengkap, sila ‘klik di sini’…
.
.
Rasulullah SAW. bersabda: “Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
.
.
Wallahu A’alam Bissowab
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
by;
~shafiqolbu~
ads1
loading...
0 Response to "Mengesan Malam Lailatul Qadar "
Post a Comment